Abdul Hadi terima rawatan akibat kesihatan merosot

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Hj Abdul Hadi Awang kini menerima rawatan dan pemantauan oleh doktor akibat kesihatan yang merosot.

Menerusi kenyataan anakandanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi kesihatan ayahandanya Abdul Hadi sudah kelihatan uzur ketika pelancaran Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN), baru-baru ini.

“Mohon doa & solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.

“Malah kehadiran Ayahanda ke pelancaran jentera pilihanraya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua.” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat