Skim Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia Ringankan Beban Penjawat Awam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan program ini dicetuskan Kementerian Sumber Manusia (KSM), di bawah kepemimpinan Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan.

“Pada 1 Mei lalu, saya telah mengumumkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia sempena sambutan Hari Pekerja 2022. Hari ini seperti yang dijanjikan, kerajaan menjadikannya satu realiti.

“Program seumpama ini, yang pertama kali dilaksanakan untuk penjawat awam secara digital dalam talian iaitu Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com memanfaatkan kira-kira 1.6 juta penjawat awam,” katanya di Putrajaya pada Jumaat.

Menurut beliau skim ini bercirikan kemudahan pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan melalui pembiayaan tanpa faedah atau sifar peratus.

“Penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan tanpa apa-apa bayaran pendahuluan.

“Bayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan, melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

“Melalui Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com, penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan di hujung jari dengan ‘mudah, jimat dan pantas’. Nota Perlindungan Insurans diperoleh hanya dalam tempoh lima minit.

“Pembiayaan ini berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan, yang merupakan pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba,” jelas Perdana Menteri.

Kata beliau lagi, dengan pelbagai manfaat yang ditawarkan, penjawat awam boleh mengambil perlindungan tambahan yang lebih komprehensif untuk kenderaan masing-masing.

“Ini bagi memastikan kenderaan dan penumpang berupaya dilindungi daripada kemalangan, serta bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

“Sukacita saya maklumkan bahawa, inisiatif yang dilancarkan pada hari ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh semua penjawat awam tetapi juga mereka yang bertaraf kontrak.

“ Penjawat awam tetap dan bertaraf kontrak, layak memohon skim Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia dengan syarat, nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan,” katanya.

Perdana Menteri menyatakan, program ini jelas membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam, selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang menitik beratkan nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Kata beliau, inisiatif ini tidak berorentasikan komersial semata-mata.

“Apa yang paling penting, ia dapat membantu merealisasi konsep Keluarga Malaysia berasaskan indeks kebahagiaan, yang menjadi tanda aras komitmen dan kesungguhan kerajaan.

“Pada masa yang sama, usaha ini dapat membantu pegawai kerajaan mengurangkan tekanan kewangan, setiap kali mereka memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan.

“Saya juga telah berbincang dengan Yang Berhormat Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia agar Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com ini turut diperluaskan kepada kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan sektor swasta dalam masa terdekat,” katanya.

Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) kerana dalam mendepani cabaran kos sara hidup dan ekonomi semasa.

“KSM berjaya merangka kerjasama strategik pihak awam dan swasta, yang dimeterai oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA ) dan A Tech Insure Sdn Bhd.

“Terima kasih kepada Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fatah Abdullah, Pengerusi A Tech Insure Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Kassim Mohamed kerana komitmen tinggi yang ditunjukkan dalam menjayakan program ini,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat