Agong Perkenan Prof Dr Rahmat Pengerusi Baru SUHAKAM – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media hari ini memaklumkan pelantikan lapan anggota baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Perdana Menteri, Agong turut memberi perkenan pelantikan pakar perundangan dan hak asasi manusia dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad sebagai Pengerusi SUHAKAM yang baru.

Beliau berkata tujuh anggota baru yang lain ialah Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Dr Chew Chee Ming (Sarawak), Datuk Mary@Mariati Robert (Sabah), Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican, Nazira Abdul Rahim dan K. Ragunath.

“Pelantikan itu dibuat mengikut Subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia 1999 (Akta 597).

“Lantikan untuk tempoh tiga tahun ini berkuatkuasa 22 Jun 2022.

“Semoga lantikan yang inklusif ini akan lebih memperkasakan SSUHAKAM dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya demi kesejahteraan negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat