‘Mimpi Kakak Datang Minta Saya Jaga Anaknya’

- Advertisement -

DUNGUN: “Malam itu saya mimpi kakak datang dan minta saya menjaga anak-anaknya,” kata Nuraishah Ali Khan, 26.

Menurutnya, dia tidak menyangka mimpi itu adalah petanda bahawa keluarganya akan kehilangan kakak, abang ipar dan anak saudaranya.

Untuk rekod, kakaknya, Nur Farraheeda Ali Khan, 41, abang ipar, Mohd Zuki Yusof, 44, dan anak mereka, Nasyreen Umayra Mohd Zuki, 10, maut dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah, di sini, petang semalam.

Tiga beranak itu maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka bertembung bas dalam kejadian jam 3.10 petang itu.

Bercerita mengenai mimpinya itu, Nuraishah berkata, selepas terjaga pada waktu Subuh dia berhasrat untuk menceritakan mimpinya itu kepada kakak.

“Setiap petang kakak sekeluarga akan datang ke rumah namun pada hari itu saya tidak sempat ceritakan mimpi itu sebelum dimaklumkan mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bakti, hari ini.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat