Beberapa Kilang Mungkin Akan Ditutup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi gambaran berkemungkinan akan ada kilang yang bakal ditutup di Selangor selepas pengumuman petang ini.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil memandangkan Selangor dan Kuala Lumpur masih mencatatkan kes tinggi jangkitan COVID-19.

“Saya tahu ramai yang marah kenapa kilang masih dibuka dan sebagainya. Seperti saya kata, tadi siapa yang melanggar itu, akan diambil tindakan.

“Insya-Allah kalau saya umumkan pasal Selangor hari ini, mungkin ada gambaran juga kilang-kilang akan ditutup.

“Itu yang kita sedang kaji. Insya-Allah petang ini akan saya umumkan tindakan kita di Selangor dan Kuala Lumpur yang kita nampak menyebabkan kes tidak turun,” katanya selepas lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Tegasnya adalah mudah untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Selangor kerana ada banyak daerah dan mukim, namun situasinya berbeza dengan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kes di Kuala Lumpur, campur Selangor dan Negeri Sembilan, jumlahnya separuh daripada kes di Malaysia.

“Mana yang ada dalam mukim tersebut automatik akan ditutup,” ujarnya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat