PRU Singapura: Adik Lelaki PM Masuk Parti Pembangkang

- Advertisement -

SINGAPURA: Adik lelaki Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, Hsien Yang, menyertai parti pembangkang Parti Kemajuan Singapura (PSP), sehari selepas pembubaran Parlimen pada 23 Jun yang lepas,

PSP yang baru sahaja ditubuhkan tahun lalu, akan meletakkan 24 calon di sembilan kawasan parlimen. Singapura mempunyai 93 kerusi parlimen.

Beliau bagaimanapun tidak akan bertanding dalam pilihanraya kali ini atas alasan ‘Singapura tidak perlu mempunyai seorang lagi Lee’, katanya seperti dipetik Reuters.

Kenyataan itu sekali gus menamatkan spekulasi bahawa beliau akan menjadi calon dalam pilihan raya umum Singapura kali ini.

Terdahulu, Hsien Yang dilihat berada di kawasan berhampiran pusat penamaan calon Sekolah Rendah Bendemeer untuk menunjukkan sokongan kepada calon PSP yang bertanding di GRC Tanjong Pagar.

Hsien Yang, 62 tahun adalah anak bongsu kepada pengasas Singapura, Lee Kuan Yew. Menurut laporan media, beliau agak terasing dari adik beradiknya yang lain tapi dilihat sebagai antara bintang paling menyinar dalam politik negara itu.

Rakyat Singapura akan keluar mengundi pada 10 Julai depan dan parti pemerintah People Action Party (PAP) bagaimanapun dijangka tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan pemerintahan di negara berkenaan.

Kredit foto: Asian Nikkei Review

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat