INDIA: Tentera Udara India dijangka akan mula menerima batch pertama pesawat pejuang Rafale buatan Perancis pada 24 Julai ini.
Sumber berita industri menyebut, India akan menerima antara 4 ke 6 buah Rafale daripada keseluruhan 36 buah yang dipesan negara itu.
Pesawat Rafale India akan dilengkapi dengan peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana jenis Meteor dan peluru berpandu kruis jenis Scalp buatan Perancis selain bom dan roket.
India menandatangani perjanjian perolehan 36 buah pesawat pejuang kategori ‘Omnirole’ Rafale bernilai Rs 59,000 crore pada tahun 2016. Perolehan ini adalah sebahagian proses untuk menggantikan lebih 100 buah pesawat pejuang usang dalam perkhidmatan angkatan tentera negara tersebut. Majoritinya adalah pelbagai varian pesawat MIG buatan Russia.
Selain Rafale, India juga dijangka menerima beberapa bateri peluru berpandu darat ke udara jenis S400 buatan Russia pada tahun ini.
– SuaraTV