Salleh Keruak Sahkan Mohon Masuk UMNO Semula

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini mengesahkan beliau memohon untuk masuk semula ke dalam UMNO.

Semalam, media melaporkan Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi telah memohon semula untuk menyertai UMNO setelah membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

“Saya membuat keputusan tersebut setelah merenung kembali keputusan yang saya ambil termasuklah keluar daripada UMNO secara ‘en-block’ pada 12 Disember 2018 yang mana kini saya anggap sebagai satu kekhilafan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi UMNO untuk mempertimbangkan permohonan tersebut.

“Kini saya menyerahkan kepada UMNO khususnya YB Presiden, Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Sabah yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin untuk mempertimbangkan permohonan tersebut.

“Saya berhasrat untuk menyumbang sepenuh usaha dan tenaga saya bersama UMNO dalam meneruskan agenda perjuangan membina negara Malaysia yang tercinta,” tambahnya.

Pada bulan Disember 2018 yang lepas, Salleh hadir bersama puluhan ahli parlimen dan Adun UMNO Sabah yang mengumumkan keputusan mereka untuk menjadi wakil rakyat Bebas, di Kota Kinabalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat