Polis Evo R3 Raih RM 25 Juta, Atasi Kutipan polis Evo 2

- Advertisement -

Kuala Lumpur, 1 Jun 2023 – Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Cinemas berjaya mengaut RM 25 juta dalam tempoh 7 hari tayangan rasmi dan 1 hari tayangan awal, sekali gus mengatasi kutipan box office Polis Evo 2 iaitu RM 23 juta dalam tempoh 44 hari. Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kutipan Polis Evo 3 telah memecah rekod kutipan keseluruhan Polis Evo 2 dalam tempoh satu minggu. Momentum positif ini memperlihatkan prestasi yang lebih pantas. Terima kasih kepada semua yang telah menonton filem Polis Evo 3 di pawagam.

Tambah mengujakan, kami turut menerima maklum balas daripada penonton yang telah ulang menonton Polis Evo 3. Kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa sokongan anda. Kami
akan terus fokus dalam memantapkan aktiviti pemasaran agar filem Polis Evo 3 dapat dinikmati oleh penonton dari pelbagai latar, kerana kami percaya filem ini menepati cita rasa penonton Malaysia.”

Melihat reaksi penonton, pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi watak antagonis bernama Reza, telah menarik perhatian ramai dengan lakonan mantap dan meninggalkan kesan.
Terdahulu, watak villain Polis Evo bernama Izrail telah mengangkat pelakonnya, Hushairi Husain sebagai pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28, dan pelakon Hasnul Rahmat menerusi watak Saif iaitu karakter villain Polis Evo 2 telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-30.

Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. 14, 15, 16, 17, 18 Jun di Sabah dan Sarawak. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.

Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat