Wakil Rakyat Boleh Rentas Sempadan Tapi Dilarang Anjur, Hadiri Majlis – SOP MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meskipun Ahli Parlimen dan ADUN dibenarkan rentas sempadan negeri dan daerah untuk mengunjungi kawasan masing-masing tetapi dilarang mengadakan atau menghadiri sebarang majlis semasa sekatan penuh perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini.

Perkara itu ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuat kuasa hari ini.

“Ahli parlimen dan ADUN dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing tanpa melaksanakan sebarang majlis,” menurut SOP itu.

Hal ini bermaksud bahawa ahli Parlimen dan ADUN dibenarkan mengadakan dan menghadiri sebarang upacara dan majlis.

SOP terbaru itu berkuat kuasa setelah beberapa ahli politik terlibat dalam kontroversi apabila mereka dilihat menghadiri upacara perkahwinan, ziarah Aidilfitri dan upacara keagamaan.

Ahli politik juga sebelum ini dikritik kerajan melakukan perjalanan ke luar negara ketika sekatan rentas negeri dan daerah dikuatkuasakan bagi rakyat.

Ini mendorong Putrajaya, khususnya Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mendesak polis mengenakan kompaun pelanggar SOP di lokasi kejadian tanpa mengira pangkat atau status mereka.

SOP terbaru sedikit berbeza dengan SOP PKP 3.0 yang dikeluarkan sebelumnya.

SOP yang dikeluarkan pada 5 Mei hadir ketika hanya beberapa negeri dan daerah yang ditempatkan di bawah PKP 3.0, membolehkan Ahli Parlimen dan ADUN meninggalkan kawasan masing-masing dan pergi ke negeri dan daerah lain untuk urusan rasmi dan mengunjungi kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, tidak ada disebut mengenai pergerakan ahli parlimen dalam SOP 25 Mei yang ketat setelah kerajaan mengenakan PKP penuh di seluruh negara bermula 12 Mei.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat