Kabinet Tak Ambil Gaji 3 Bulan Mulai Jun, Sumbang Ke Akaun Amanah Bencana

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hari ini 1 Jun bermulalah total lockdown yang sangat diharapkan dapat mengurangkan penularan virus Covid-19 dan semalam Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengumumkan semua menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pakej bantuan Pemerkasa Plus bernilai RM40 billion yang disiarkan langsung televisyen malam tadi.

“Saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021.

“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19,” katanya.

Pada Mac tahun lepas, kira-kira seminggu selepas pelaksanaan PKP 1.0, langkah sama turut diambil dengan pemotongan dua bulan gaji perdana menteri, menteri dan timbalan menteri untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19.

Negara kini berada di bawah PKP 3.0 yang bermula sejak 12 Mei lalu, kecuali di Sarawak (sejak 29 Mei), yang lebih longgar berbanding PKP1.0.

Bagaimanapun, dengan lonjakan kes yang semakin tinggi, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) di seluruh negara selama 14 hari bermula tengah malam ini hingga 14 Jun – kecuali Sarawak yang tidak melaksanakannya.

Dalam sekatan pergerakan penuh, semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali sektor-sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.

Pemerkasa Plus yang diumumkan Muhyiddin melibatkan nilai bantuan keseluruhan RM40 bilion, termasuk suntikan fiskal RM5 bilion.

Antara bantuan yang diumumkan ialah moratorium pinjaman untuk golongan B40, selain kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau peniaga kecil yang tidak dapat beroperasi dalam tempoh berkenaan.

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat juga menikmati bantuan tambahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat