Ancaman NATO Didakwa Meningkat, Tentera Rusia Tambah 20 Unit Baharu

- Advertisement -

RUSIA mengumumkan tenteranya akan mewujudkan unit baharu di barat negara itu menjelang akhir tahun ini.

Langkah itu bagi menangani apa yang didakwa sebagai ancaman semakin meningkat daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Antaranya, menurut Menteri Pertahanan Sergei Shoigu, terdapat peningkatan jumlah penerbangan oleh pengebom strategik Amerika Syarikat (AS) berhampiran sempadan Rusia.

Pada masa sama, kapal perang NATO turut dipertingkatkan dan latihan juga semakin kerap dijalankan oleh tentera pakatan, katanya.

Shoigu mendakwa, tindakan tersebut merupakan ancaman ke atas sistem keselamatan antarabangsa, memaksa Rusia mengambil tindakan susulan.

Katanya, unit ketenteraaan di barat Rusia menambah sekitar 2,000 peralatan senjata tahun ini.

Bulan lalu, penambahan pasukan tentera di selatan dan barat Rusia berhampiran sempadan Ukraine menimbulkan kebimbangan negara itu.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat