Wanita Minum Air Mani Cegah Covid-19

- Advertisement -

Oleh: Haizal

BUCKINGHAMSHIRE: Seorang wanita di Aylesbury, tengah England mendedahkan rahsia  penjagaan kesihatan yang diamalkannya sejak tiga tahun lalu.

Ibu dua anak dikenali Tracy Kiss, 32, itu mengamalkan meminum air mani teman lelakinya yang dicampur bersama minuman smoothie sebanyak tiga kali seminggu bagi meningkatkan sistem daya tahan dalam badannya.

Memetik laporan Metro.Co.Uk, Tracy memaklumkan bahawa campuran sperma teman lelakinya boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan seterusnya menjadi penawar bagi melawan Covid-19.

Tambahnya, kerana pengambilan minuman itu selain mengamalkan gaya hidup sihat, dia tidak pernah mengalami demam dan selesema sejak mengamalkan ‘ubat ajaib’ tersebut.

“Saya jumpa cara alternatif semula jadi dan tidak memerlukan kos untuk meningkatkan imunisasi badan.

“Anda tidak selalu tahu apa kandungan dalam ubat farmasi, lebih baik minum sesuatu yang jelas tidak mengandungi bahan kimia.

“Ini mungkin bukan untuk semua orang, tetapi ia penuh vitamin serta bernutrisi, malah saya tidak pernah demam dan selsema sejak meminumnya pada 2017. Saya juga gunakan untuk kecantikan kulit,” katanya.

Tracy juga turut membekukan air mani kekasihnya untuk dijadikan stok berikutan hubungan cinta jarak jauh mereka.

Jurulatih kesihatan peribadi itu juga berkongsi amalan tersebut sebagai usaha alternatif bagi mencegah Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat