Oleh Zihan Zari
JITRA – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau Technical and Vocational Education and Training (TVET) hari ini bukan lagi satu pilihan alternatif atau pilihan kedua sebaliknya menjadi arus perdana dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, inovatif dan kompetitif di peringkat nasional dan global.
Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Zamzam Mohd Walid berkata TVET merangkumi bidang teknikal, vokasional, dan professional meliputi pelbagai sektor industri utama seperti kejuruteraan, teknologi maklumat, automotif, perhotelan, serta perkhidmatan berteknologi tinggi.
Selaras dengan agenda pembangunan negara, TVET berperanan sebagai pemangkin dalam memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.
Beliau yang mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato’ Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail berkata demikian ketika berucap pada Program Festival TVET 2025 (Fest TVET 2025) di Dewan Tunku Anum, Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, dekat sini pada Selasa.
Turut hadir, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Hj. Ibrahim; dan Timbalan Pengarah Bahagian Instruksional & Pembelajaran Digital (BIPD), Ts Dr. Mohd Najib Hamdan.
Dr. Zamzam berkata hala tuju TVET kini memfokuskan kepada pemerkasaan kolaborasi strategik antara institusi pendidikan dan pihak industri, di samping memperkasakan elemennya di semua peringkat pendidikan.
Menurut beliau, inisiatif utama yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035) khususnya di bawah Teras Ke-4 antaranya melibatkan Keseimbangan Modal Insan dan Bakat.
KEDAH2035 mensasarkan penyertaan 100 peratus (%) tenaga buruh siswazah menjelang 2035 kelak memberikan peluang besar dan keemasan kepada pelajar lulusan TVET di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).
Pelajar bukan sahaja berbekalkan ilmu kemahiran, malah mereka adalah produk TVET yang berjiwa besar, siap sedia untuk mengisi ruang dan keperluan industri negara.
Menurutnya lagi, lulusan dari institusi ini telah dibekalkan dengan ilmu keusahawanan disamping kursus-kursus pendek yang sangat pratikal membolehkan mereka menceburi bidang keusahawanan, sektor digital, servis, pembuatan, atau e-dagang.
“Kubang Pasu telah diangkat sebagai ‘Daerah Ilmu dan Logistik’ yang melambangkan tekad bersama untuk menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan dan logistik di utara tanah air.
“Di sini, adanya Universiti Utara Malaysia (UUM), Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA), serta institusi-institusi pendidikan lain, telah mewujudkan ekosistem pendidikan yang kondusif bagi melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran.
“POLYCC menyambut baik aspirasi ini dan komited untuk terus menyumbang dalam melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja berpengetahuan, malah mempunyai kemahiran teknikal tinggi yang seiring dengan keperluan industri semasa, ”katanya.
“Lebih 45,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan dan sasaran 20,000 lagi menjelang 2030, lulusan TVET dari institusi POLYCC, memiliki potensi besar untuk menjadi pemacu utama kepada transformasi landskap ekonomi dan teknologi negara.
“Ini secara langsung mengangkat nilai TVET sebagai pemangkin kemajuan negara bangsa, bukan sahaja menjanjikan ilmu dan kemahiran, malah masa depan yang cerah buat anak-anak kita,”katanya lagi.
“Festival ini bukan sekadar perlawanan teknologi, tetapi sebuah pengalaman pembelajaran yang luar biasa.
“Guru dan pelajar berjaya menguasai asas pengaturcaraan, sistem elektrikal serta mekanikal dalam bidang Robotik, selari dengan aspirasi kerajaan memupuk budaya Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
“Ianya semakin relevan dalam era digital ini dalam kalangan generasi muda, malah menyemai minat mendalam terhadap dunia STEM yang semakin relevan dalam era digital ini, ”ujarnya.
Terdahulu, Pengarah KKBDA, Salmah Hj. Ijam berkata program Fest TVET 2025 menyediakan aktiviti yang menarik bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan penting TVET dalam pembangunan negara, di samping memupuk minat dan penglibatan generasi muda dalam bidang ini.
“Program ini memfokuskan kepada objektif utama iaitu menyuburkan budaya penyelidikan dan inovasi, memupuk minat terhadap bidang teknikal dan vokasional dalam kalangan pelajar serta komuniti.
“Selain itu, mempromosikan KKBDA sebagai rakan strategik kepada masyarakat dan membina satu ekosistem pendidikan TVET yang lebih dinamik, inklusif dan relevan dengan keperluan semasa, ”katanya.
“Pelaksanaan dalam program ini dilihat sangat selari dengan inisiatif kerajaan masa kini dalam menarik minat pelajar terhadap bidang STEM.
“Ia bukan sahaja mampu merangsang kreativiti dan daya saing pelajar, malah menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi celik teknologi yang bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.
“Turut diadakan seminar penyelidikan dan kajian ilmiah yang menjadi wadah perkongsian ilmu dalam kalangan pengamal TVET, di samping itu, pertandingan inovasi sebagai platform untuk mencungkil idea-idea baharu yang kreatif dan berimpak tinggi, sejajar dengan usaha memperkasa budaya penyelidikan dan inovasi di institusi pendidikan,”katanya lagi.
“Kolej Komuniti merupakan institusi milik penuh kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bukan sahaja menawarkan TVET, malah berperanan penting memperkasa agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) untuk semua lapisan masyarakat.
“Pembangunan modal insan berkemahiran tinggi yang digerakkan melalui program-program TVET dan PSH, menjadi teras utama dalam merealisasikan visi tersebut telah melonjakkan kedudukan Kubang Pasu sebagai nadi pertumbuhan ilmu dan ekonomi negeri,”tambahnya.
Dalam pada itu, Fest TVET 2025 turut menyaksikan lebih 80 orang pelajar turun padang menerajui lebih 12 buah gerai keusahawanan yang terdiri daripada pelajar KKBDA, serta dua buah gerai yang dikendalikan oleh alumninya.
Sebanyak 14 buah sekolah menengah dari seluruh Kedah melibatkan 21 kumpulan terdiri daripada 44 orang pelajar manakala bagi 9 kumpulan terdiri daripada 18 orang pelajar dari 7 buah POLYCC telah menyertai Pertandingan Sumo Robotik.
Seramai 52 peserta pula telah terlibat dalam sesi Seminar Pembentangan Penyelidikan Inovasi dan Penulisan Ilmiah (SPPIP’25).
Manakala Pertandingan Inovasi bagi kategori terbuka disertai oleh 87 orang (29 Inovasi), bagi kategori IPT melibatkan 42 orang peserta (14 Inovasi) dan bagi kategori Sekolah melibatkan 16 orang peserta (4 Inovasi)
SENARAI PEMENANG ANUGERAH FESTIVAL TVET 2025:
Pembentang Terbaik Penulisan Ilmiah :
Pertama : Norhaslina Sulaiman (Politeknik Ungku Omar)
Kedua: Ahmad Zulfadli Musa (Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin)
Ketiga : Mohd Syamsul Mohd Ramli (Institut Kemahiran MARA, Beseri)
Anugerah Khas Juri (Penulisan Ilmiah), Muhammad Abdullah ( Politeknik Banting Selangor)
ANUGERAH PEMBENTANG TERBAIK (PENYELIDIKAN):
Pertama : Liyana Ibrahim (Politeknik Nilai)
Kedua: Raja Nadia Raja Ahmad (Politeknik Nilai)
Ketiga: Muhd Aminuddin Azizan (Kolej Komuniti Sungai Petani).
Anugerah Khas Juri (Penyelidikan): Abdul Rashid Hussin (Politeknik Port Dickson).
ANUGERAH PERTANDINGAN INOVASI SPPIP INOVASI TERBAIK KATEGORI PELAJAR SEKOLAH:
Pertama : Sekolah Rendah Islam III, Felda Chuping (Tong Sampah Mesra Pengguna)
Kedua : Sekolah Menengah Bandar Baru Darulaman (Prototaip MyDiginot Bagi Sekolah Menengah Sebagai Persediaan Peperiksaan SPM)
Ketiga : Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh (Code Play Ground).
ANUGERAH INOVASI TERBAIK (KATEGORI PELAJAR IPT):
Pertama : Kolej Komuniti Bandar Darulaman (Sistem Jualan SBU)
Kedua : Kolej Komuniti Bandar Darulaman (MCB Portable)
Ketiga : Kolej Komuniti Bandar Darulaman (Waffle Api-Api)
ANUGERAH INOVASI TERBAIK (KATEGORI TERBUKA ) :
Pertama : Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (iArchitecture : Interactive Learning of Design Principles)
Kedua : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (Student Attendance Management – SAM)
Ketiga : Politeknik Metro Tasek Gelugor (Pembangunan Sistem Pemantauan KPI – eChecker Politeknik Metro Tasek Gelugor)
ANUGERAH KHAS JURI:
Kategori Pelajar Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar (Smart Farm)
Kategori Pelajar IPT : Politeknik Nilai (Tijarah Board Challenge – TBC)
Kategori Terbuka : Politeknik Merlimau, Melaka (Siswabiz – Sistem Pendaftaran Perniagaan Siswa)
PEMENANG PERTANDINGAN SUMO ROBOTIK
Kategori Sekolah Menengah
Johan : SMK Hosba
Guru Pembimbing : Harun Anuar Husin
Pelajar: Hariz Amzar Hairun Anuar; Ruthran a/l Raja Kumar
Naib Johan : SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman
Guru Pembimbing : Marzuki Murad Pelajar: Muhammad Azry Mu’az Azrul, Muhammad A’Bid Iqhwan Khairul Samsul
Ketiga: SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman
Guru Pembimbing :Suhaidi Sujak
Pelajar: Nurfarisha Qhistina Mohd Nazer, Puteri Nuraina Nadhirah Nor Azli
Kategori Politeknik dan Kolej Komuniti
Johan: Kolej Komuniti Bandar Darulaman
Pensyarah Pembimbing: Muffili Maha
Pelajar: Amarulddin Abdul Aziz; Muhammad Ridzuan Zamri
Naib Johan: Kolej Komuniti Bandar Arau
Pensyarah Pembimbing, Nur Nadia Musa
Pelajar: Muhammad Farhan Wafiy Mohd Sabri; Muhammad Zulhilmi Faisal Abd Rahim
Ketiga: Kolej Komuniti Bandar Baharu
Pensyarah Pembimbing : Muhammad Safarudin Hj. Pisal
Pelajar: Mohamad Amirul Syawal Akmaruddin; Muhamad Darul Abdul Rahman. – SUARA.TV