Hattan enggan ulas isu ‘sekolahkan’ penyampai berita, gesaan mohon maaf

- Advertisement -

PUTRAJAYA: “Tiada komen,” demikian jawapan penyanyi popular, Datuk Hattan, 58, ketika diminta mengulas mengenai isu hangat yang membabitkan dirinya.

Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin yang ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, di sini, malam tadi, memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.

Malah, ketika ditanya mengenai gesaan netizen untuk memohon maaf kepada pembaca berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham, penyanyi Biso Benor itu tetap memberi jawapan yang sama.

“No comment,” katanya yang sempat menghiburkan orang ramai dengan lagu Selamat Datang Sayang, Mahligai Syahdu dan Rendang Tak Berbuah pada majlis berkenaan.

Dalam masa sama, Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) turut menggesa Hattan membuat permohonan maaf secara terbuka susulan sikap tidak profesional dan respon balas berbaur hinaan ketika ditemubual penyampai berkenaan.

Terdahulu, nama Hattan panas dan menjadi bahan perdebatan netizen selepas insiden menempelak penyampai berita Astro Awani kerana mendakwa tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan.

Menerusi rakaman video yang tular, Hattan atau dihubungi oleh penyampai berita wanita menerusi siaran secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.

 

Hattan dan barisan artis yang menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, malam tadi. - NSTP/Aizuddin Saad
Hattan dan barisan artis yang menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, malam tadi. – NSTP/Aizuddin Saad

 

Soalan diajukan kepada penyanyi Memburu Rindu itu susulan pemergian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor akibat sesak nafas kira-kira jam 8.41 malam kelmarin.

Bagaimanapun, keadaan menjadi agak tegang apabila Hattan bertanyakan semula penyampai berita itu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.

Dalam nada serius, Hattan mengulangi semula soalan dan menegur penyampai berita yang didakwanya tidak membuat persediaan.

Lebih memburukkan keadaan apabila penyampai berita itu menyebut nama komposer lain sebagai penulis lagu kumpulan XPDC.

Kecewa dengan situasi itu, Hattan sempat ‘sekolahkan’ penyampai berita itu sebelum bertindak mematikan talian.

Susulan kejadian itu, akaun Instagram (IG) Hattan diserang netizen hingga menyebabkannya terpaksa menukar akaun media sosialnya itu kepada privasi.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat