Liga Super: Giliran KL City FC Pula Sekat JDT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City FC berjaya menafikan peluang Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk kembali ke landasan kemenangan selepas mengikat skuad itu dengan keputusan seri 1-1, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, dalam saingan Liga Super malam tadi.

Turun selaku pasukan pilihan, Harimau Selatan yang mendominasi separuh masa pertama hampir mendahului perlawanan namun sepakan lencong dari luar kotak penalti pada minit ke-38 oleh pemain import Gonzalo Gabriel Cabrera sekadar menggegarkan palang gol tuan rumah.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi pemain import Romel Morales yang dengan mudah menolak masuk bola ke gawang JDT, hasil tandukan rakan sepasukan, Muhammad Fakrul Aiman Sidid pada minit ketiga masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten Hariss Harun pada minit ke-55 hasil sepakan sudut oleh Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Jaringan penyamaan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat