Penjawat Awam dan GLC Akan Bekerja Dari Rumah Mulai 15 April

CYBERJAYA : Kerajaan akan melaksanakan kaedah kerja dari rumah bagi penjawat awam serta syarikat berkaitan kerajaan bermula 15 April ini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan api serta memastikan kelangsungan bekalan tenaga susulan konflik di Asia Barat.

Menurut beliau, pelaksanaan itu melibatkan kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun serta GLC, dengan garis panduan terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah bagi kementerian, agensi serta badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan bermula 15 April 2026.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat khas di Putrajaya.

Dalam masa sama, Anwar turut mengalu-alukan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, nelayan dan golongan pekerja dalam usaha mencari penyelesaian terhadap cabaran semasa yang dihadapi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat