KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan rakyat Malaysia menormalisasikan berbasikal ke tempat kerja seperti amalan lazim di negara maju.
Idea bernas itu dikongsikan selepas Ahli Parlimen Pontian itu terjumpa basikal lama di Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Jika berbasikal ke tempat kerja yang tidak berapa jauh dari rumah, elok berpakaian sukan atau santai.
“Jika berpeluh (sihat), boleh mandi di ofis dan baru tukar pakaian kerja – common sense/ logik akal
“Di negara maju, ini hal biasa,” katanya di Facebook.



