ATM sedia jika diperlukan iring kapal milik Malaysia berlayar lalu Selat Hormuz – PAT

KUALA LUMPUR – Setakat ini tiada aset tentera atau pasukan keselamatan diatur gerak untuk mengiringi kapal milik Malaysia yang kini menunggu masa untuk belayar melalui Selat Hormuz di Iran.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkata, setakat ini tiada keperluan untuk menghantar pasukan atau aset ke perairan berkenaan, namun pihaknya bersedia sekiranya ia diperlukan, lapor BH.

“Buat masa ini tiada (keperluan) dan tiada arahan dari pihak kerajaan setakat ini, tetapi ATM sentiasa bersedia jika diarahkan,” katanya kepada akhbar itu, pada Rabu.

Terdahulu media melaporkan sekurang-kurangnya tujuh kapal milik Malaysia dijangka berlayar dengan selamat melalui Selat Hormuz dalam beberapa hari lagi walaupun ketegangan di rantau itu semakin memuncak, susulan jaminan daripada Iran.

Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi berkata, Tehran dimaklumkan berkenaan kehadiran kapal-kapal berkenaan di Teluk Parsi serta hasrat mereka untuk melalui laluan perairan strategik itu.

Sabtu lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tujuh kapal tangki milik Malaysia sedang menunggu kebenaran untuk melalui Selat Hormuz.

Kapal-kapal berkenaan terdiri daripada tiga milik Petronas, dua milik MISC Bhd selain masing-masing satu milik Sapura Energy dan Shapadu Corporation Sdn Bhd.

Beliau berkata, kapal-kapal itu tidak ditahan sebaliknya sedang menunggu waktu yang selamat dan isyarat rasmi untuk meneruskan perjalanan. Empat daripada kapal berkenaan dilaporkan membawa minyak mentah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat