KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan lawatan kerja di Jakarta, Indonesia.

Beliau dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Pemimpin kedua buah negara berjiran itu bakal menandatangani memorandum persefahaman berhubung pengajian dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI).

Ismail Sabri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 7 pagi waktu Indonesia Barat.