KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan rakyat Malaysia bahawa negara ini masih jauh dari fasa endemik.

Jelas beliau kelonggaran dan pembukaan sempadan yang berkuatkuasa 1 April cuma fasa peralihan perlahan menuju endemik.

“Tidak, kita belum hampir kepada endemik. Ini adalah fasa peralihan perlahan menuju endemik.

“Endemik adalah suatu keadaan di mana jangkitan (COVID-19) tidak merebak secara meluas tanpa langkah kesihatan awam misalnya pemakaian pelitup muka.

“Jadi kita masih jauh dari endemik,” kata Khairy memberi ingatan di Twitter.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini 1 April 2022 merupakan permulaan peralihan ke fasa endemik.