Bantuan ePemula RM150 Kepada Pelajar Dikredit Menerusi Empat Platform

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Empat penyedia perkhidmatan e-dompet dipilih sebagai platform mengkreditkan bantuan RM150 kepada pelajar berumur 18 hingga 20 tahun dalam program ePemula.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menyebut, empat platform itu ialah BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Buat masa ini, katanya, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 juta.

“Di bawah Bajet 2022, sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk memanfaatkan sekitar dua juta belia melalui sebuah inisiatif e-tunai, ePemula.

“Belia yang layak akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang melalui aplikasi e-dompet terbabit,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, semua peniaga PKS yang belum berdaftar untuk menerima bayaran pembeli secara elektronik atau tanpa tunai disarankan untuk mendaftar dengan penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

“Ia bagi membolehkan mereka mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula apabila program bermula pada pertengahan bulan April,” katanya.

Ahad lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program ePemula ialah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas untuk golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Program ePemula akan mengkreditkan RM150 secara ‘one-off’ ke dalam akaun e-dompet golongan belia yang melibatkan lebih dua juta orang,” kata Tengku Zafrul. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat