Kanada, German Beri RM24 Ribu, Rakyat Malaysia Hanya RM500, Kata Aktivis LGBT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aktivis ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual’ (LGBT), Numan Afifi membidas langkah kerajaan yang hanya memberikan sumbangan RM500 kepada rakyat bujang di negara ini.

Numan melalui ciapan di laman Twitter berkata rakyat di negara ini sepatutnya layak mendapat peruntukkan yang lebih besar dari kerajaan.

“Kerajaan Kanada dan German memberikan sumbangan (kira-kira) RM24 ribu seorang, manakala rakyat Malaysian yang bujang hanya mendapat RM500-800.

“Kita layak mendapat lebih dari itu,” ujarnya sebentar tadi.

Melalui ciapan yang sama, bekas setiausaha akhbar kepada Syed Saddiq Abd Rahman itu turut memuatnaik gambar berhubung sumbangan negara tersebut kepada rakyatnya.

Kerajaan Canada sebelum ini mengumumkan peruntukkan sehingga RM6,000 selama 4 bulan kepada rakyat di negara itu yang dibuang kerja ekoran wabak Covid-19 yang melanda.

Jumaat lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat.

Menerusi teks ucapan setebal 16 muka surat itu, Muhyiddin berkata, keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Muhyiddin yang mengambil masa kira-kira 40 minit membaca teks ucapan tersebut memaklumkan bahawa langkah yang telah diperkenalkan dalam pakej itu bertujuan untuk memastikan aktiviti ekonomi negara berterusan, terutamanya dengan penyaluran tunai melalui Bantuan Prihatin Nasional. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat