MARA akan pertimbang kuota Orang Asli belajar di MRSM – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Permohanan komuniti Orang Asli supaya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan dipertimbangkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, MARA sebagai agensi pelaksana akan melaksanakan cadangan berkenaan sekiranya Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 menjadikan cadangan itu sebagai resolusi.

“Insya-Allah kita akan bincangkan semua perkara itu (dapatan sesi libat urus).

“Perkara yang mereka lontarkan dalam kongres, kalau ia menjadi suatu resolusi, sudah tentu sebagai agensi pelaksana kita akan laksanakan apa sahaja yang diinspirasikan oleh akar umbi,” ujar Pengerusi MARA itu ketika ditemui di Putrajaya pada Jumaat.

Pagi tadi, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor mengemukakan saran kepada kerajaan untuk memperuntuk sedikit kuota
kemasukan pelajar Orang Asli ke MRSM dan SBP.

Ramli yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, hal ini kerana ketika ini, pengambilan pelajar Orang Asli ke MRSM dan SBP adalah secara rawak dan tidak melibatkan sebarang kuota.

“Saya merayu buka pintu MRSM (dan SBP) kepada kami (masyarakat Orang Asli)…saya tahu di asrama penuh, anda boleh mendidik Orang Asli untuk menjadi seseorang. Dari situ Orang Asli boleh berkembang dan berada di hadapan.

“Bukalah pintu MRSM pada kami, 1 peratus pun jadilah. Mereka perlu ada pendidikan dan pendedahan begitu juga dengan TVET,” rayu Ramli.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat