Kenyataan Hadi: Jangan guna agama capai hasrat politik – Zahid

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Jangan guna agama sebagai tunggangan untuk mencapai hasrat politik.

Itu kata dua, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, soal berkaitan agama, hukum dan fatwa harus dijadikan sebagai batu sempadan apabila memberikan pandangan serta pendapat mengenai sesuatu perkara.

“Tetapi jika masalah hukum sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran, hadis, qias dan ijmak ulama, saya tidak perlu menasihatkan mana-mana pemimpin parti yang ada latar belakang agama untuk mengikut landasan itu tapi jangan gunakan agama sebagai tunggangan untuk mencapai hasrat politik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Surau Bergerak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2.0 sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan JAWI di pekarangan Masjid Putra, hari ini.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Tan Sri Abdul Hadi menerusi satu surat yang diutuskan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri bertarikh 27 Februari.

Kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Marang itu bertajuk ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’ pada 20 Februari lalu di portal berita pas.org.my.

Sultan Sharafuddin bertitah, ia adalah kenyataan yang amat tidak bersesuaian malah tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan serta nasihat kepada Raja-Raja Melayu.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menghargai titah Sultan Selangor itu yang disifatkannya sebagai amaran kepada semua pihak untuk tidak mengulangi perkara sama pada masa depan.

“Ini sebagai amaran bukan untuk seseorang individu itu sahaja tetapi untuk pemimpin-pemimpin parti dan pemimpin-pemimpin mana-mana parti termasuk UMNO supaya tidak melakukan perkara dan kesalahan yang sama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat