PUTRAJAYA — Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata pencapaian dasar pemerkasaan bumiputera selama ini telah banyak mendatangkan manfaat .
Menurutnya peningkatan ini dilihat melalui konteks golongan profesional bumiputera dalam bidang perubatan, bidang teknikal, perundangan dan sebagainya.
Namun jelasnya, dari aspek mengurangkan perbezaan ataupun jurang pendapatan dan juga pemilikan aset di kalangan bumiputera berbanding dengan bukan bumiputera masih jauh lagi.
“Dasar ini telah mewujudkan golongan profesional bumiputera yang lebih maju.
“So dalam konteks pendapatan isi rumah bumiputera masih 29% lebih rendah berbanding dengan kaum Cina Dan Yang lebih ketara lagi dalam konteks upah ataupun gaji,” katanya pada sesi pembentangan hasil libat urus pengurusan korporat dan penciptaan kekayaan pada Kongres Ekonomi Bumiputera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Oleh itu katanya, selari dengan tekad kerajaan untuk memajukan ekonomi bumiputera secara mampan, perencanaan strategik dan berkesan berasaskan kesejahteraan dilakukan dengan penglibatan kaum bukan bumiputera.
“Kita tidak melebarkan dasar pemerkasaan bumiputera ini kepada sektor swasta.
“memperkenalkan dasar peluang saksama giving people the opportunity to be employed and to participate in Business in and equitable manner.
“Tapi kita lihat antara kaum lebih jurangnya lebih besar 2200 untuk kaum bumiputera Dan 4000 untuk kaum Cina bermakna individu bumiputera pendapatannya 45% kurang berbanding dengan pendapatan China dan antara isu Yang berbangkit adalah dalam konteks peluang yang saksama.
“Kalau kita laksanakan ini fokuskan dasar ini kepada keseluruhan sektor. Keberkesanannya akan meningkat,” katanya