Bersatu adakan perhimpunan khas esok, usul pinda perlembagaan parti

- Advertisement -

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijadual mengadakan Perhimpunan Agung Khas parti itu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, pada Sabtu.

Berdasarkan surat yang diedar kepada pihak media, perhimpunan berkenaan dijangka berlangsung dua jam mulai 3 petang dengan turut dihadiri kepimpinan tertinggi parti itu termasuk Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Usul utama yang akan di bawa pada Perhimpunan Agung Khas tersebut membabitkan pindaan perlembagaan parti.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris sebelum ini berkongsi surat maklumat mengenai Perhimpunan Agung Khas parti itu yang dijadual berlangsung pada 2 Mac.

Perhimpunan khas tersebut dijangka meminda perlembagaan parti susulan tindakan enam ahli Parlimen parti itu menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Pada 29 Januari lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilapor berkata, parti itu memutuskan meminda Perkara 10 dalam perlembagaan bagi menghalang insiden sama berulang, selain sedia berdepan pilihan raya kecil (PRK) jika berlaku pengosongan kerusi wakil rakyatnya yang diambil tindakan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat