Ello kini penyanyi Dewa 19

- Advertisement -

Jakarta: Penyanyi Ello, 39, yang popular dengan lagu Pergi Untuk Kembali mengesahkan dia kini penyanyi baharu kumpulan rock legenda Indonesia, Dewa 19.

Ello atau nama sebenarnya Marcello Tahitoe berkata, peluang itu satu impian jadi kenyataan buatnya, lebih-lebih lagi dia sangat mengagumi Dewa 19 sejak dulu.

“Saya tidak pernah menyangka sedikit pun untuk dapat bergabung dengan Dewa 19. Dari dulu hanya mendengarkan dan mengidolakan karya-karya mereka.

“Kini, saya memperoleh kesempatan ini. Seperti mimpi rasanya. Saya tahu saya tidak akan pernah mampu menggantikan penyanyi-penyanyi terdahulunya, namun saya akan memberikan yang terbaik untuk band ini,” katanya.

Cukup teruja dengan perjalanan baharu karier muziknya itu, Ello turut berharap mendapat sokongan padu terutama daripada peminat setia Dewa 19 yang dikenali sebagai Baladewa.

“Untuk keluarga besar saya Bala Dewa Familia, mohon sokongan kamu untuk saya memulakan perjalanan hidup baharu bersama kalian,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 1986, Dewa 19 sudah beberapa kali bertukar penyanyi antaranya Ari Lasso dan Once yang disifatkan paling terbaik.

Ello juga tidak kurang hebatnya kerana dia sendiri berjaya mencipta nama besar dalam industri muzik Indonesia. Memulakan karier muzik pada 2005, dia sudah menghasilkan enam album solo setakat ini.

Selain itu, pengasas dan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani turut dikenali sebagai penyanyi kumpulan ini.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat