Potong giliran vaksin berdepan denda, kompaun –KJ

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kerajaan mempertimbangkan tindakan denda dan kompaun kepada mana-mana individu yang didapati memotong giliran untuk mendapatkan vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kuasa tambahan mungkin diberikan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk mengenakan kompaun tersebut.

Memetik Astro Awani menurut Khairy, pihaknya juga sudah mewujudkan ‘Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan’ bagi memastikan isu tersebut tidak lagi berulang kelak.

“Dengan garis panduan yang jelas ini, ia membolehkan mereka yang ada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pastikan mereka yang datang adalah barisan hadapan. Kalau ada pun tekanan, jangan benarkan sesiapa potong giliran.

“Kami sangat tegas dalam perkara ini. Kita juga buka aduan secara e-mel. Kalau ada maklumat, mereka boleh buat aduan, tak perlu sertakan nama pun tidak mengapa.

“Kalau berlaku juga (potong giliran), kita mungkin boleh tambah kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk denda atau kompaun siapa yang potong giliran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di sini pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

Jelas Khairy, meskipun ramai keliru, namun beliau memaklumkan wakil rakyat merupakan penerima vaksin COVID-19 dalam Fasa Satu, seperti yang diumumkan sebelum ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkaitan denda dan kompaun tersebut, Adham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa meneliti penilaian risiko terutamanya dalam pencegahan dan kawalan wabak.

“Dalam Akta 342, kita ada seksyen untuk bawa ke muka pengadilan sekiranya ada individu menghalang atau membantutkan usaha melawan COVID-19 ini,” ujarnya.

Isu potong giliran hangat diperkatakan di media sosial apabila terdapat aduan mendakwa ada golongan VIP memotong giliran barisan hadapan dalam menerima vaksin Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat