YBR sumbang RM7.5 JUTA kepada pengajian bahasa etnik di UPSI

- Advertisement -

Tanjong Malim – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyumbang sebanyak RM7.5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menggerakkan Pengajian Bahasa Etnik Kadazan-Dusun, Iban dan orang asli Semai bagi tempoh 2024-2028.

Dana ini akan membiayai 150 orang mahasiswa yang bakal mengikuti Pengajian Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Etnik dengan Kepujian bermula tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, “kerjasama ini adalah satu pengiktirafan kepada perkembangan bahasa-bahasa etnik kita.”

“Kemajmukan rakyat adalah kekuatan negara dan institusi pengajian seperti UPSI mempunyai peranan yang signifikan.”

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara YBR dan UPSI telah yang diadakan di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI pagi tadi.

Penajaan sulung ini bermanfaat untuk menyokong pengajian mahasiswa sebagai langkah pembangunan modal insan bakal pendidik yang akan mengajar di sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Majlis ini dihadiri turut dihadiri Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Pengerusi Indep Education Foundation, Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok serta Presiden Kadazan Dusun Cultural Association, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Hadir sama Pengurus Besar Bank Rakyat, Encik Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat, Encik Khairul Naim Arifin serta Pengurus Jabatan Penajaan, YBrs. Encik Mohd Iqbal Abu Bakar.

UPSI diwakili Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Md Amin Md Taff; Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof. Madya Mazura @ Mastura binti Muhammad dan Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Charanjit Kaur A/P Swaran Singh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat