Parti dan Akar Umbi UMNO Perlu Diperkukuhkan – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berharap UMNO akan bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat serta mendukung perjuangan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang menggesa ahli parti menjadikan persidangan dan pemilihan sebagai platform untuk ahli-ahli UMNO memperkukuhkan kedudukan parti terutamanya di peringkat akar umbi.

“Selamat bersidang saya ucapkan kepada ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan seluruh Pahang.

“Jadikanlah persidangan dan pemilihan ini sebagai platform untuk kita perkukuh kedudukan parti terutamanya di peringkat akar umbi.

“Insyaallah, UMNO akan bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat serta mendukung perjuangan bangsa Melayu.” katanya menerusi Facebook, pada Rabu.

beliau juga berharap supaya persidangan dan pemilihan ini berjalan dengan lancar dan teratur dan mengucapkan selamat bersidang kepada ahli-ahli UMNO cawangan di seluruh negara.

Terdahulu Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat minggu lepas memutuskan pemilihan parti itu akan bermula 1 Februari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia membabitkan mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa cawangan, pemuda, wanita dan puteri cawangan yang berlangsung sehingga 26 Februari iaitu selama 26 hari.

Sementara mesyuarat perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.

Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat adalah bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023 jam 5 petang.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat