Pahang kemuka lapan isu kepada KKM

- Advertisement -

KUANTAN – Kerajaan Pahang membangkitkan lapan isu berkaitan kesihatan untuk perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan sewajarnya.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, perkara itu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha (KSU) KKM, Datuk Harjeet Singh dalam satu pertemuan di Putrajaya, semalam.

Katanya, antara perkara dibangkitkan adalah mengenai keperluan mendesak untuk menaik taraf, membaiki dan menggantikan 61 klinik kesihatan lama serta daif di Pahang.

“Perkara kedua pula berkaitan keperluan tambah baik Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) seperti diagnostik, fisioterapi, pemeriksaan X-ray, dietetik, farmasi, makmal dan rawatan pemulihan (psikologikal) di klinik kesihatan di negeri ini.

“Selain itu, kita turut tekankan mengenai kepentingan meningkatkan fasiliti kesihatan negeri melalui program ‘Medical Equipment Enhancement Tenure’ (MEET) membabitkan penyelenggaraan dan pembekalan peralatan perubatan untuk 468 fasiliti (perubatan/ pergigian),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Noor Azimi Yunus.

Mohammad Fakhruddin berkata, pihaknya turut membincangkan semula projek di bawah RMK-11 yang dibatalkan atau belum dilaksanakan di Pahang.

“Kita juga menyatakan keperluan penambahan mesin dialisis di klinik kesihatan yang kini menampung ramai pesakit buah pinggang dan lain-lain klinik difikirkan perlu, termasuk kawasan luar bandar.

“Status semasa keperluan fasiliti dan kesihatan di Pulau Tioman turut dibincangkan iaitu cadangan menaik taraf Klinik Kesihatan Tekek dengan mewujudkan Wad Pemerhatian (Observation Ward) bagi kes memerlukan perhatian dan tidak serius selain penyediaan perkhidmatan ‘Hyperbaric Chamber’ serta lain-lain keperluan kesihatan untuk penduduk Pulau Tioman,” katanya.

Katanya lagi, turut dibincangkan adalah mengenai status semasa projek terapi okupasi Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HoSHKA) di Cameron Highlands dan keperluan tambahan perkhidmatan ambulans di klinik yang ramai pesakit, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Kesemua perkara yang diperincikan itu adalah masalah dan keperluan penting Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang yang sudah dikenalpasti.

“Beberapa isu lain yang berkaitan kesihatan juga dibincangkan pada pertemuan itu,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat