Bersatu Kesal PH-BN Jadikan SPRM Alat Politik – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu melahirkan rasa kesal terhadap tindak-tanduk kerajaan Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) yang menjadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka bagi membunuh kredibiliti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Pun begitu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Bersatu dapat menerima alasan bahawa langkah yang diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu adalah sebahagian daripada proses siasatan mereka terhadap fitnah yang dilemparkan kepada Bersatu.

“Bersatu akan terus memberi kerjasama dalam siasatan ini agar fitnah jahat ke atas Bersatu dapat dihentikan segera.

“Para pemimpin dan pegawai parti Bersatu yang diminta memberi keterangan kepada SPRM juga telah diarahkan agar memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tegas Hamzah lagi, Bersatu yakin, rakyat sentiasa sedar mengenai strategi jelek PH-BN yang mahu memesong perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan serta amalan nepotisme kerajaan mereka.

“Bersatu sentiasa tegas dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.

“Semua ahli-ahli Bersatu dan pemimpin semua peringkat diminta bersabar dan terus beristiqamah dalam menghadapi ujian dan fitnah ini,” ujarnya.

Hari ini media melaporkan SPRM membekukan beberapa akaun milik parti Bersatu, baru-baru ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman mengesahkan pembekuan akaun berkenaan.

“Saya boleh sahkan perkara itu, namun maklumat terperinci tidak dapat saya kongsi buat masa sekarang. Ahli MPT dimaklumkan perkara ini beberapa hari lalu,” katanya.

Dr Muhammad Faiz berkata beliau percaya pembekuan akaun Bersatu itu ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan PN ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat