PKR Sarawak putuskan tidak bertanding pada PRN ke-13

KUCHING – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 bagi menghormati kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kerajaan Perpaduan.

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu mengambil kira kepentingan memelihara kestabilan politik di peringkat negeri dan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, PKR Sarawak mahu memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Parti itu turut mahu memastikan pembangunan negeri, kemajuan ekonomi dan kebajikan rakyat Sarawak terus mendapat perhatian.

Susulan keputusan itu, MPN PKR Sarawak mengarahkan seluruh jentera dan pimpinan parti di semua peringkat di negeri itu supaya mematuhi ketetapan berkenaan serta menjaga hubungan baik dengan rakan dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya GPS.

“KEADILAN Sarawak akan terus melaksanakan tanggungjawab serta khidmat bakti kepada rakyat Sarawak tanpa mengabaikan peranannya di negeri ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Penasihat PKR Sarawak, Dato Sri Hajjah Hafsah Haji Harun, Naib Presiden PKR, Roland Engan dan Pengerusi MPN PKR Sarawak, Mahmud bin Epah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat