KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak akan dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya di Langgak Duta hari ini, berkuat kuasa serta-merta bagi menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aslam Zainuddin, membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda bertarikh 6 November lalu.
“Ia digantikan perintah bersyarat bahawa tertuduh hendaklah menjalani hukuman penjara melalui tahanan rumah,” katanya.


