Elok Samsuri, Takiyuddin kumpulkan bukti Pas tidak pernah langgar Perlembagaan PN – Tun Faisal

KUALA LUMPUR – Pihak yang melanggar Perlembagaan Perikatan Nasional (PN), menindas dan menafikan hak parti anggota pula yang nak mengambil tindakan ke atas pihak yang mengikut Perlembagaan dan peraturan.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengingatkan, elok Pengerusi PN Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan kumpulkan dahulu bukti bahawa Pas selaku Pengerusi dan pentadbir PN tidak pernah melanggar Perlembagaan PN.

“Juga tidak pernah menafikan hak Bersatu sebagai parti anggota, tidak amanah dalam melaksanakan keputusan-keputusan MT PN, tidak khianat dan berunding belakang-belakang dengan pihak luar tanpa pengetahuan dan mandat Majlis Tertinggi PN dan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak melanggar keputusan-keputusan MT PN.

“Setakat yang difahami daripada keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran PN, mereka telah gagal membuktikan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan mereka juga telah gagal memberikan sebab kepada RoS kenapa pendaftaran PN tidak boleh dibatalkan.

“Selain itu, elok juga Pas menjelaskan bila tarikh rundingan dan perjanjian untuk PRN Melaka dibuat dengan Umno dan BN, dan adakah rundingan ini dibuat dengan mandat MT PN, atau adakah Pas selaku Pengerusi dan pentadbir PN sekali lagi telah melanggar Perlembagaan PN? soal Tun Faisal.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi PN Samsuri yang sebelum itu menyatakan, sebarang prosiding dan tindakan tatatertib terhadap Bersatu akan diputuskan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Samsuri berkata, sehingga kini pelbagai aduan diterima daripada rakan komponen gabungan itu berhubung tindakan Bersatu didakwa melanggar etika perlembagaan gabungan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat