Emel Pembaca : Pendakwah bebas Ahmad Husam mangsa konspirasi terancang?

Pendakwah bebas Ahmad Husam, Muhamad Baderudin didakwa menjadi mangsa kepada pembunuhan karakter melalui konsporasi terancang oleh kelompok tertentu untuk menjatuhkan serta merosakkan nama baiknya.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna akaun media sosial Facebook Ramlee KP yang mendakwa satu demi satu serangan dihadapi Ahmad Husam adalah “game” terancang.

Dia mengulas mengenai isu terbaru yang mana Ahmad Husam diminta meminta membela diri oleh mahkamah berhubung penggunaan darjah Kebesaran tidak diiktiraf.

“Ini bukan kes pertama Ustaz Husam dikenakan oleh kelompok tertentu ini. Sebelum ini telah ada cubaan untuk mengenakan beliau tetapi gagal.

“Kemudian, Ustaz Husam menang saman terhadap dua individu yang dikaitkan dengan bekas pegawai mantan PM yang cuba memfitnahnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Pada 26 Ogos lalu, media melaporkan Ahmad Husam menang saman ke atas aktivis politik Zamil Ibrahim serta bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, Muhammad Mukhlis Maghribi.

Keputusan itu dicapai dalam penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini melalui hakim Mohd Aimi Zaini.

Peguamcara bagi pihak Ahmad Husam yang bertindak sebagai plaintif, Muhammad Asyraf Abd Aziz dari firma guaman Zain Megat & Murad mengesahkan perkembangan itu.

Katanya, dalam prosiding berlangsung hari ini, Zamil dan Mukhlis diarah membayar keseluruhan ganti rugi dan kos sebanyak RM483,000.

Mengulas lanjut, pemilik akaun media sosial itu berkata, selepas beberapa isu dibawa untuk mencalarkan imej Ahmad Husam termasuk melalui fitnah gagal.

Kini, pihak terbabit cuba memanipulasi isu darjah kebesaran sebagai “senjata” untuk mengenakan Ahmad Husam.

“Kali ini depa heret sekali lagi Ustaz Husam ke mahkamah melalui isu penggunaan darjah kebesaran tak diiktiraf. Bahkan aku dapat info daripada peguam, akta ini buat kali pertama digunakan.

“Yang aku tahulah, darjah kebesaran berkenaan diterima oleh Ustaz Husam di Melaka melalui proses yang sah, atas pengesyoran bekas Perdana Menteri.

“Tapi, tiba-tiba dia didakwa mengapa? Haaaaa….inilah yang aku nak kata ada orang sengaja pekena dia,” katanya lagi.

Dakwanya lagi, konsporasi itu turut didalangi tokoh-tokoh ternama dari utara tanah air.

Sementara itu, Ahmad Husam ketika dihubungi bagaimana pun enggan mengulas lanjut dakwaan itu kerana isu berkenaan telah berjalan di mahkamah.

Ahmad Husam turut tidak menafikan perkara itu dan menegaskan beliau akan menjawab serta menjelaskan segalanya di mahkamah nanti bagi membersihkan namanya serta merungkai kebenaran.

“Saya jawab di mahkamah nanti, kebenaran pasti muncul,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat