Tak perlu tunggu Najib balik rumah, skandal MyEG sudah cukup buktikan Anthony Loke gagal jadi Menteri Pengangkutan, wajar letak jawatan – Pemuda MCA

KUALA LUMPUR – Tidak perlu menunggu kepulangan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani tahanan penjara di rumah, skandal MYEG ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Anthony Loke telah gagal memikul amanah sebagai Menteri Pengangkutan dan wajar meletakkan jawatan serta-merta.

Ketua Penerangan Pemuda MCA Kebngsaan Neow Choo Seong berkata, merujuk kepada pendedahan skandal tunggakan RM314 juta membabitkan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd selaku ejen kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibongkar media. Jumlah tunggakan itu melibatkan tempoh masa daripada 19 Mei 2026 hingga 30 September 2026.

Menurut Pegarah Komunikasi Pemuda Barisan Nasional (BN) itu lagi, selain tunggakan RM314 juta hasil kutipan kerajaan, perkara yang jauh lebih membimbangkan ialah risiko kebocoran data peribadi terbesar yang mengancam keselamatan rakyat dan keselamatan negara di bawah seliaan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dari parti DAP.

“Walaupun perkhidmatan telah digantung, namun MyEG dan Zetrix AI masih menyimpan dan menguasai pangkalan data peribadi jutaan pengguna JPJ.

“Data yang berada dalam simpanan mereka melibatkan butiran peribadi (nama penuh, nombor MyKad, alamat rumah, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel), butiran pemilikan kereta (nombor pendaftaran kenderaan, nombor lesen dan rekod saman), maklumat transaksi dan resit pembayaran.

“Apabila sebuah syarikat dilihat sanggup menyekat cek RM231 juta milik kerajaan atas arahan sendiri masih dibenarkan memegang data sensitif ini, persoalan besar timbul: Apakah jaminan data ini selamat?

“Apabila alamat dan nombor telefon ada di tangan pihak yang salah, data ini dikhuatiri dijual kepada sindiket penipuan, ceti haram atau along dan syarikat pemasaran haram. Rakyat akan terus menjadi mangsa panggilan scam, pinjaman tidak wujud dan ugutan.

“Risiko Kecurian Identiti. Gabungan nama, MyKad dan alamat membolehkan penjenayah membuka akaun bank, mendaftar syarikat palsu dan melakukan jenayah siber menggunakan identiti pelanggan.

“Ancaman Keselamatan Negara. Pangkalan data pergerakan kenderaan dan alamat kediaman jutaan rakyat Malaysia jika jatuh ke tangan pihak luar atau kuasa asing adalah ancaman keselamatan negara yang serius. Ia boleh digunakan untuk mengesan, memprofil dan memanipulasi rakyat.

“Pelanggaran Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Kegagalan MOT memastikan data dipulangkan dan dipadam selepas kontrak digantung adalah kecuaian jenayah di bawah PDPA,”k atanya.

Tegas Choo Seong, Anthony Loke hanya menyentuh tentang 35 notis peringatan dan empat sesi libat urus sebagai usahanya untuk mendapatkan semula kutipan hasil berkenaan, tetapi satu patah pun tidak bercerita tentang nasib data peribadi 30 juta rakyat yang masih berada di dalam server syarikat swasta tersebut.

“Menteri Pengangkutan bukan sahaja gagal menjaga wang rakyat, malah gagal menjaga data peribadi rakyat.

“Justeru, demi menjaga integriti Kerajaan Madani dan kepercayaan rakyat, saya mendesak Anthony Loke meletakkan jawatan tanpa berlengah lagi dan satu Suruhanjaya Siasatan Bebas ditubuhkan segera,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat