Bahagian belum hantar senarai nama calon Umno – Ab Rauf

KUALA LUMPUR – Umno Melaka masih belum menerima senarai nama calon daripada peringkat bahagian bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada media sekiranya sudah menerima senarai berkenaan.

“Belum (terima nama). Tunggu, sabar.

“Nanti dah dapat nama, nanti saya beritahu…” katanya menurut BH di Banda Hilir pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan, Umno Melaka akan meneliti senarai nama calon yang dikemukakan bahagian parti berkenaan, selain MCA dan MIC, bagi menghadapi PRN Melaka.

Ab Rauf sebelum ini berkata, semua kepemimpinan Umno negeri diminta mengemukakan sekurang-kurangnya tiga nama calon bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibincang dan diperhalusi sebelum keputusan dibuat.

Kebiasaannya, senarai calon akan melalui beberapa tapisan sebelum dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti untuk diperhalusi dan diputuskan.

Ketika ini, Umno menyandang 18 kerusi DUN, manakala MCA dan MIC masing-masing mempunyai dua dan satu kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat