HONOR Magic 9 pro Max menjadi tumpuan jurugambar di litar F1 sepang

Di tengah-tengah deretan kamera profesional, lensa telefoto bersaiz besar dan jurugambar yang sudah bersedia memburu aksi sepantas kilat di Sepang International Circuit, kehadiran sebuah telefon pintar mungkin bukan sesuatu yang dijangka.

Namun itulah yang berlaku apabila HONOR Magic9 Pro Max muncul di kawasan fotografi litar tersebut, berdiri di antara peralatan fotografi yang biasa digunakan untuk merakam aksi motorsport.

Bagi yang biasa dengan dunia fotografi perlumbaan, menangkap gambar kereta yang bergerak pada kelajuan tinggi bukan kerja mudah. Setiap detik berlaku begitu pantas dan kesilapan sedikit sahaja boleh menyebabkan gambar kabur atau terlepas daripada momen yang diinginkan.

Sebab itu, kamera profesional dengan lensa telefoto menjadi pilihan utama jurugambar di litar. Dengan kereta lumba mampu melepasi kelajuan 300 km/j, keupayaan untuk mengunci subjek, mengekalkan fokus dan mendapatkan perincian pada jarak jauh memang sangat penting.

Dalam suasana seperti itu, telefon pintar biasanya lebih banyak digunakan untuk mengambil gambar kenangan di sekitar litar. Tetapi kali ini, HONOR Magic9 Pro Max dibawa ke situ untuk melihat sejauh mana ia mampu mengikuti rentak dunia fotografi motorsport.

Menariknya, kehadiran telefon itu turut mengundang perhatian jurugambar yang berada di lokasi.

“Saya ingatkan dia cuma ambil gambar untuk suka-suka. Tetapi bila tengok hasilnya, memang terkejut juga sebab gambar nampak tajam dan perinciannya jelas,” kata seorang jurugambar yang berada di litar.

Kemunculan Magic9 Pro Max di Sepang juga hadir tidak lama selepas telefon pintar itu dilancarkan secara rasmi di China pada 28 September lalu. Ia sekali gus menjadi antara penampilan awal peranti berkenaan di Malaysia, khususnya dalam situasi yang agak mencabar untuk kemampuan kamera.

HONOR menjadikan sistem kamera sebagai antara tarikan utama Magic9 Pro Max, terutama sempena ulang tahun ke-10 siri Magic.

Peranti itu dilengkapi sistem pengimejan sinematik dwi-200MP ARRI, dengan fokus yang diberikan kepada kemampuan telefoto dan rakaman berkelajuan tinggi.

Pemilihan suasana litar lumba untuk memperlihatkan kemampuan kamera juga agak menarik kerana ia meletakkan telefon pintar dalam keadaan yang jauh berbeza daripada penggunaan biasa.

Bukan sekadar mengambil gambar makanan, pemandangan atau potret, kamera perlu berdepan dengan subjek yang bergerak laju, jarak yang jauh serta perubahan posisi yang berlaku dalam masa singkat.

Dalam erti kata lain, litar lumba menjadi tempat yang sesuai untuk melihat sama ada kemampuan yang ditawarkan di atas kertas benar-benar boleh digunakan dalam situasi sebenar.

Dalam masa yang sama, siri Magic9 turut mendapat perhatian di China selepas pelancarannya.

HONOR mendakwa jualan siri Magic berkenaan mencatatkan peningkatan 194 peratus dalam tempoh 30 minit pertama selepas dilancarkan berbanding generasi sebelumnya, selain menduduki tempat teratas dalam kategori peranti Android flagship baharu pada hari pertama jualan.

Angka tersebut memberikan gambaran awal bahawa generasi baharu siri Magic ini hadir dengan jangkaan yang agak tinggi.

Bagi pengguna yang gemar fotografi menggunakan telefon, kemampuan telefoto dan menangkap subjek bergerak pantas pastinya menjadi antara perkara yang menarik untuk diperhatikan.

Buat masa ini, HONOR masih belum mengumumkan tarikh rasmi kehadiran Magic9 Pro Max di Malaysia.

Namun, kemunculannya di Sepang sekurang-kurangnya memberikan sedikit gambaran tentang apa yang sedang disediakan HONOR menerusi flagship terbaharunya itu.

Dan jika sebuah telefon pintar sudah berani duduk di tengah-tengah kamera profesional di tepi litar, persoalan yang lebih menarik mungkin bukan lagi sama ada telefon boleh mengambil gambar yang baik.

Sebaliknya, sejauh mana telefon pintar boleh menghampiri kemampuan kamera profesional apabila subjek di hadapannya bergerak lebih 300 km/j?

Itu mungkin jawapan yang bakal lebih menarik untuk dilihat apabila Magic9 Pro Max diperkenalkan secara rasmi di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat