Shopee kenakan komisen tinggi tanpa kawalan, ramai PMKS gulung tikar sudah ibarat buat kerja amal – pakar Shopee

KUALA LUMPUR – Pakar Shopee (ShopeeXpert) Ridhwan Musa berpandangan, sekiranya tidak ada polisi yang jelas untuk kawal caj platform terutamanya Shopee dan TikTok Shop serta langkah meringankan kos bertindan, ini akan mengakibatkan perniagaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) paling ‘sakit’ dan ramai akan gulung tikar.

Menurut Ridhwan kegagalan peniaga atas talian ini didorong oleh komisen yang dikenakan platform semakin melonjak tanpa kawalan dan tiada siling.

“Dah 3 tahun saya perhati benda ni. Bukan TikTok Shop je, Shopee pun sama. Student saya yang pernah capai sale RM200,000 sebulan pun ada yang melingkup. Bukan sebab tak pandai jual. Sebab margin dimakan sikit-sikit sampai habis.

“Polanya simple. Setahun Shopee adjust komisen 2 hingga 3 kali. Tak ada kawalan, tak ada siling. Kami ShopeeXpert ni seller juga, jadi kami tahu lebih kurang 2 minggu awal sebelum komisen naik. Setiap kali kami complain. Setiap kali juga macam angin lalu.

“Saya ni orang lapangan. Kerja saya ajar PMKS dan makcik-makcik mula berniaga online. Sekarang nak buka kedai tak macam dulu. Verify itu, verify ini. Semangat ada, tapi bila nampak senarai syarat yang panjang, ramai terus down. Masa kelas angguk-angguk, balik rumah tak buat. Jadi macam dengar ceramah.

“Komisen asas Shopee boleh cecah 22 peratus. Ramai seller bukan jual produk sendiri. Kalau level agen, margin biasanya sekitar 30 peratus. Tolak semua caj Shopee, hasilnya negatif. Makin banyak jual, makin banyak rugi. Saya jumpa ramai yang terperangkap macam ni.

“Saya sendiri pun jual produk orang, level stokis. Margin 40 peratus. Tolak caj platform dan ads dalam 30 peratus, tinggal 10 peratus. Jual RM60,000 sebulan, dapat RM6,000. Itu belum bersih. Gaji staff, sewa kedai, bil, semua belum tolak. Hujungnya rasa macam buat kerja amal,” bidas Ridhwan dalam hantaran di Facebook beliau.

Beliau turut membahaskan isu kos bertindan, katanya, setiap ringgit ads (iklan) yang dibayar, kena SST 8 peratus atas itu.

“Belanja ads RM700 seminggu x 4 minggu = RM2,800. SST 8 peratus = RM224.

“Nampak sikit kan? RM224 tu boleh bayar bil elektrik dan bil phone office sebulan. Komisen naik, ads kena cukai, semua beban jatuh atas kepala seller.

“Sebab tu sekarang yang masih bertahan kebanyakannya founder produk sendiri. Ruang margin lebih besar, tolak 40% kos platform masih ada baki. Itu pun ada founder yang bersih cuma 20 peratus. Bayangkan jualan RM1 juta, founder bawa balik RM200K. Shopee? RM400K.

“Siapa sebenarnya yang kerja keras, siapa yang kaut untung? Pandangan saya sebagai ShopeeXpert: bagi 3 tahun. Kalau tak ada polisi jelas untuk kawal caj platform dan ringankan kos bertindan ni, PMKS yang paling sakit dan paling ramai akan tutup.

“Ramai bekas student saya dah tutup kedai, sekarang kerja makan gaji. Platform buat duit, tak salah. Masalahnya bila seller yang tanggung risiko, platform yang bawa balik bahagian paling besar, dan cukai pula tambah atas apa yang tinggal.

“Anda seller Shopee? Margin bersih anda sekarang berapa peratus? Saya nak tengok berapa ramai yang sebenarnya tengah buat kerja amal tanpa sedar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat