Chean Chung letak jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya, kekal ahli PKR hingga Parlimen bubar

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, hari ini, mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen, tanpa syarat.

Chean Chung yang memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), mengumumkan keputusan itu pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Pada 12 Jun lalu, Chean Chung, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkuat kuasa serta-merta selepas 18 tahun bersama parti itu dan lapan tahun memegang jawatan di peringkat pusat.

Tindakan ini susulan penggantungan keahlian daripada PKR selama 3 tahun.

Pada sidang media pada Jumaat, Chean Chung memaklumkan pada 30 Sept bahawa keahlian PKR beliau digantung 3 tahun.

“Adakah saya patut terus menerima gaji sebagai Ahli Parlimen, tetapi hanya duduk senyap seperti tunggul? Tidak.

“Justeru saya, Lee Chean Chung hari ini mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat,” kata bekas pengarah komunikasi PKR itu.

Bagaimanapun, ketika itu, beliau memaklumkan akan kekal sebagai ahli PKR dan terus menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen hingga Parlimen dibubarkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat