Dulu berkongsi nikmat dan kuasa sekarang bongkak, khianat janji tapi masih berlagak maksum – Peja

KUALA LUMPUR – Ketika pemimpin itu di atas, kamu tunduk, kamu hormat, kamu berkongsi segala nikmat, merasa bagaimana berkuasa namun ketika pemimpin itu di bawah, kamu pula mendongak, kamu bongkak dan khianat kepada tutur janji.

Pun begitu, kamu masih berlagak seumpama kamu maksum, tidak berdosa dan tidak akan sesekali melakukan dosa.

Demikian penegasan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dipercayai berkait keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 23 September lalu.

“Kawan-kawan bertanya khabar. Bersimpati dengan apa yang berlaku. Beritakanlah. Bahawa, tentu sekali aku berasa kecewa, marah, malu dan dikhianati.
Kecewa, kerana perkara kecil, sesuatu yang kami bina bersama, kini dalam kemelut yang boleh membawa kesan yang besar.

“Marah kerana, mereka bertopengkan kebaikan tetapi membuat onar yang merugikan diri mereka sendiri. Malu kerana, apabila mereka bercakap, bergegar bumi. Rupa-rupanya, kamu lemah. Bahtera perjuangan suci gagal dikemudi. Aku berasa dikhianati!

“Ketika pemimpin itu di atas, kamu tunduk, kamu hormat, kamu berkongsi segala nikmat, merasa bagaimana berkuasa. Ketika pemimpin itu di bawah, kamu pula mendongak, kamu bongkak dan khianat kepada tutur janji.

“Namun, kamu masih berlagak seumpama kamu maksum, tidak berdosa dan tidak akan sesekali melakukan dosa. Pada diri kamu, setiap kejadian yang merugikan, pasti berpunca daripada kesalahan pemimpin lain.

“Aku beringat kepada diri sendiri. Aku bukan maksum. Tentu aku ada salah silap. Aku mesti perbetulkan. Aku tak perlu menuding jari seakan aku sentiasa betul, orang lain sentiasa salah. Mungkin kamu juga, seharusnya, sedemikian,” katanya tanpa merujuk kepada sesiapa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat