PN batal, kami ada PAS” – Pemimpin Pemuda PAS

KUALA LUMPUR — Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi, memuat naik hantaran ringkas berbunyi, “PN Batal, Kami ada PAS, PAS Untuk Semua,” ketika timbul dakwaan bahawa Perikatan Nasional (PN) menerima notis daripada Pendaftar Pertubuhan.

Hantaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura itu mencetuskan persoalan sama ada beliau merujuk kepada kemungkinan pendaftaran PN dibatalkan atau menyatakan pendirian bahawa PAS boleh meneruskan perjuangan politiknya tanpa gabungan berkenaan. Beliau tidak memberikan penjelasan lanjut dalam hantaran tersebut.

Suara.TV sebelum ini menerima maklumat bahawa PN dipercayai diberi tempoh 30 hari untuk menjelaskan mengapa pendaftarannya tidak patut dibatalkan. Beberapa parti komponen juga didakwa menerima arahan supaya tidak menggunakan logo PN sehingga keputusan muktamad dibuat.

Pertikaian itu menyusul aduan Bersatu terhadap kepimpinan PN. Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan telah memberi keterangan kepada Pendaftar Pertubuhan berhubung perkara tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat