PN digantung dari jalankan aktiviti, notis 30 hari mengapa tidak wajar dibubar?

KUALA LUMPUR — Perikatan Nasional (PN) dipercayai menerima notis daripada Pendaftar Pertubuhan semalam yang memberi gabungan itu tempoh 30 hari untuk menjelaskan mengapa pendaftarannya tidak patut dibatalkan.

Menurut maklumat yang diperoleh Suara.TV, beberapa parti komponen PN turut menerima arahan supaya tidak menggunakan logo gabungan itu dalam sebarang aktiviti sehingga Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan muktamad. Kandungan penuh notis dan skop arahan berkenaan belum dapat disahkan secara bebas.

Sebelum ini, pimpinan kedua-dua pihak telah dipanggil memberi keterangan kepada Pendaftar Pertubuhan susulan aduan Bersatu terhadap kepimpinan PN. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Setiausaha Agung partinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, telah memberi keterangan mengenai lapan perkara yang didakwa dilanggar oleh kepimpinan gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pula mendedahkan beliau memberi penjelasan kepada pegawai penyiasat Pendaftar Pertubuhan selama kira-kira empat jam pada Ogos lalu. Antara perkara yang disentuh ialah keputusan PN tidak memanggil Bersatu ke mesyuarat perundingan pada 16 Julai.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi bahawa pendaftaran PN telah dibatalkan. Suara.TV sedang mendapatkan pengesahan Pendaftar Pertubuhan serta maklum balas kepimpinan PN mengenai notis dan arahan penggunaan logo yang didakwa itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat