Pintas Utama Terima Penghargaan Sahabat Haji TH

KUALA LUMPUR — Pintas Utama Sdn Bhd menerima penghargaan Sahabat Haji Tabung Haji (TH) selepas menyumbangkan hampir 30,000 beg kasut kepada jemaah Muassasah di seluruh negara sempena musim haji 1447H/2026M.

Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Marhalim Mohamed berkata sumbangan berkenaan amat bermakna buat pihak syarikat kerana dapat membantu jemaah melengkapkan persiapan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Ia amat bermakna bagi sebuah syarikat seperti Pintas Utama. Walaupun sederhana, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu melengkapkan persiapan jemaah sebelum berangkat menunaikan ibadah haji,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, beg kasut bertali cerut itu dihasilkan bagi memudahkan jemaah menyimpan dan membawa barangan keperluan, selain membantu pergerakan mereka sepanjang berada di Tanah Suci.

Terdahulu, penghargaan Sahabat Haji TH telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan kepada Marhalim pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Haji TH Musim Haji 1447H/2026M di Menara TH Tun Razak, di sini hari ini.

Untuk rekod, sumbangan disalurkan menerusi Program Sahabat Haji TH, dengan pengagihan dibuat secara berperingkat ketika Kursus Perdana Haji di peringkat negeri.

Kerjasama Pintas Utama dalam menyokong jemaah haji Malaysia telah bermula sejak 2023 dan diteruskan menerusi sumbangan pada tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat