Dalam kes Menara Kuala Lumpur, saya mungkin hanya saksi sedangkan itu kes orang lain – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Setiap kali ada sebutan berkaitan Menara Kuala Lumpur, Tan Sri Annuar Musa mendakwa namanya yang dihighlightkan, foto beliau yang digunakan walaupun itu kes orang lain.

Kata Annuar, beliau mungkin hanya menjadi saksi membabitkan perbicaraan kes Hydroshoppe Sdn Bhd.

“Dalam kes Menara Kuala Lumpur ini ramai sudah yang teraniaya dan dijadikan mangsa. Sedangkan yang mendapatnya orang lain, yang menikmatinya orang lain.Yang jujur,yang benar dibenamkan.

“Sebab itu dan atas dasar menghormati proses mahkamah yang sedang berjalan, saya memilih membisu.Saya hanya memberi kerjasama pada yang berwajib menjalankan tugas mereka.

“Perlu ditegaskan, sepanjang pengetahuan saya, segala tindakan saya tidak boleh dipengaruhi apa-apa yang melanggar undang undang dan prinsip integriti.

“Apa lagi dalam perkara yang bukan kuasa saya. Semua perkara wajib mematuhi peraturan dan undang undang.

“Mereka yang berjaya kerana merit mereka adalah hak mereka. Perbualan atau perancangan mereka sesama mereka bukan urusan saya.

“Saya yakin mereka yang benar,tetap benar. Mereka yang dianiayai pasti dapat hak mereka..Insya-Allah,” ujar Annuar.

Sebanyak 29 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes Hydroshoppe Sdn Bhd dan pengarahnya berhubung dakwaan tawaran suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi manfaat Annuar Musa berkaitan pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur di Mahkamah Tinggi.

Pada 5 April 2023,Pengarah Hydroshoppe Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa menawarkan rasuah melalui Tan Ser Lay sebagai dorongan kepada Annuar yang ketika itu Menteri Komunikasi dan Multimedia supaya mempercepat pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya antara Julai hingga Ogos 2022 mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.

Hydroshoppe turut didakwa mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 sebagai organisasi komersial kerana secara bersama menawarkan suapan kepada Tan bagi manfaat Annuar di lokasi dan tarikh sama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat