KUALA LUMPUR – Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menafikan satu dakwaan yang tular bahawa masih ada jemaah haji Malaysia yang di bawah pengurusah Tabung Haji masih berada di Arab Saudi.
Dalam satu kenyataan semalam, pejabat itu merujuk kepada satu hantaran di media sosial yang viral mendakwa terdapat jemaah haji Malaysia masih berada di negara Arab itu.

“Pejabat ini ingin menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa kesemua jemaah haji Malaysia bagi Musim Haji 1447H/2026M telah selamat pulang ke tanah air mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji,” menurut kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak disahkan.
Orang ramai juga diminta sentiasa merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
Lembaga Tabung Haji adalah seramai 31,600 orang.
Kumpulan pertama jemaah haji pulang ke Malaysia melibatkan penerbangan membawa 322 orang jemaah selamat tiba di tanah air pada 4 Jun lepas
Manakala, penerbangan terakhir yang membawa pulang baki 258 jemaah haji telah selamat sampai pada 1 Julai 2026.


