Timbalan Perdana Menteri bakal jalani pembedahan pintasan jantung di IJN

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat atas nasihat pasukan pakar perubatan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, keadaan Fadillah dilaporkan stabil, namun beliau dinasihatkan supaya berehat sepenuhnya serta tidak menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan dan pemulihan berjalan lancar.

“Keadaan beliau dilaporkan stabil, namun beliau dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya serta tidak digalakkan menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan serta pemulihan berjalan dengan lancar,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, keluarga Fadillah memohon orang ramai bersama-sama mendoakan agar urusan pembedahan dan rawatan beliau dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan serta dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.

Keluarga beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan serta keprihatinan yang diberikan.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri PETRA, Datuk Hajah Misiah Taib, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat