KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan semalam menunjukkan bukti bahawa dalam politik jari yang dicelup dakwat kekal memiliki kuasa sepenuhnya dalam menentukan siapa akan menang dan akan membentu kerajaan baharu selepas hari mengundi.
Pengerusi Bersekutu Gabungan Suara Rakyat (GASURA) Datuk Seri Raj Manickam berkata walaupun kerajaan di peringkat Persekutuan ialah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan perpaduan tetapi rakyat buat pilihan untuk memilih BN yang menang semalam.
“Ia tunjukkan di sini bahawa kalau menjadi wakil rakyat dan selalu membuat pelbagai janji untuk melakukan apa-apa tetapi tidak ditunaikan, rakyat akan buat pilihan mereka yang memilih calon yang akan bantu rakyat,” katanya.
Datuk Seri Raj mengulas keputusan PRN Negeri Sembilan semalam yang memihak kepada BN yang bertanding dengan kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Beliau berkata selepas selesai pilihan raya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik perlu utamakan pilihan rakyat yang mengundi mereka untuk terus bergerak membantu rakyat dalam urusan pembangunan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
“Rakyat ada kuasa penuh tentukan siapa mereka mahu, bila pilihan rakyat sudah dibuat wakil rakyat perlu utamakan pilihan rakyat dan fokus pada tugas kepada mereka dan tidak berpolitik sahaja sepanjang masa,” kata beliau.
Menurut beliau, sudah pasti akan ada masalah yang berbangkit pada masa depan yang memerlukan wakil rakyat YB untuk turun padang dan mendengar masalah berkenaan dengan teliti dan cari jalan penyelesaian.
Beliau juga telah merancang banyak program dan langkah untuk membantu rakyat seperti pertandingan sukan, bantuan kepada orang ramai, pengurusan jenazah dan lebih banyak lagi untuk memastikan beban rakyat boleh dibantu.
“Kita hadir untuk buat kerja untuk rakyat bukan ada niat lain, hanya fokus untuk rakyat,” katanya.


